Saturday, August 22, 2009
Ahlam Wassalam Ya Ramadhan-1430H
Hari pertama puasa 1430H. Berkunjunug ke bazar ramadhan susah untuk mencari kuih-muih yang dijual biasanya RM1 untuk 3 biji. Rata-rata peniaga menjual dengan harga baru. Kalau nak beli kena tanya macam mana harga...jawabnya RM2 untuk 5 biji. Kuih seri muka di atas saya beli dengan harga RM1 untuk satu potong. Lepas balik kat rumah terus potong 4 nak kongsi dengan anak bini. Ini lah hakikat kita kena hadapi, semakin hari kita terus secara sedar atau tidak ditekan dengan kos hidup yang semakin melambung naik, hingga bukan setakat korporat-korporat besar yang menangguk untung tetapi peniaga-peniaga jalanan biasa mengambil kesempatan. Asal bulan puasa je semua barang kurang "supply" menjadikan "demand" yang tinggi alasan menaikkan harga. Ayam, gula, daging, dsbnya akan berkumandang disana-sini kononnya kurang bekalan. Alasan sama tidak didengar pada musim selain puasa/hari raya. Apa-apapun semoga Ramadhan kali ini sentiasa yang lebih baik dari terdahulu. Selamat berpuasa semua kepada umat Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment