Monday, August 31, 2009

Harapkan air, air pembunuh bunuh diri...

Patutla air kat rumah aku asyik kuning je, rupa-rupanya ada benda yang dibawanya sekali.  Tapi sekali pandang air macam ok je boleh diminum kalau di tenung, direnung memang tak selera nak buat minum.  Kalu dah sumber pun tak boleh nak diharap apa lagi yang keluar kat dalam rumah?  Ini baru yang aku nampak kat bahagian manhole dekat rumah belum tahu lagi macam mana yang berselerak kat dalam tanah sepanjang jalan dari loji.  Kesimpulannya air kita tanggungjawab kita sendiri....

Saturday, August 22, 2009

Ahlam Wassalam Ya Ramadhan-1430H

Hari pertama puasa 1430H. Berkunjunug ke bazar ramadhan susah untuk mencari kuih-muih yang dijual biasanya RM1 untuk 3 biji. Rata-rata peniaga menjual dengan harga baru. Kalau nak beli kena tanya macam mana harga...jawabnya RM2 untuk 5 biji. Kuih seri muka di atas saya beli dengan harga RM1 untuk satu potong. Lepas balik kat rumah terus potong 4 nak kongsi dengan anak bini. Ini lah hakikat kita kena hadapi, semakin hari kita terus secara sedar atau tidak ditekan dengan kos hidup yang semakin melambung naik, hingga bukan setakat korporat-korporat besar yang menangguk untung tetapi peniaga-peniaga jalanan biasa mengambil kesempatan. Asal bulan puasa je semua barang kurang "supply" menjadikan "demand" yang tinggi alasan menaikkan harga. Ayam, gula, daging, dsbnya akan berkumandang disana-sini kononnya kurang bekalan. Alasan sama tidak didengar pada musim selain puasa/hari raya. Apa-apapun semoga Ramadhan kali ini sentiasa yang lebih baik dari terdahulu. Selamat berpuasa semua kepada umat Islam.