Monday, August 31, 2009
Harapkan air, air pembunuh bunuh diri...
Patutla air kat rumah aku asyik kuning je, rupa-rupanya ada benda yang dibawanya sekali. Tapi sekali pandang air macam ok je boleh diminum kalau di tenung, direnung memang tak selera nak buat minum. Kalu dah sumber pun tak boleh nak diharap apa lagi yang keluar kat dalam rumah? Ini baru yang aku nampak kat bahagian manhole dekat rumah belum tahu lagi macam mana yang berselerak kat dalam tanah sepanjang jalan dari loji. Kesimpulannya air kita tanggungjawab kita sendiri....
Saturday, August 22, 2009
Ahlam Wassalam Ya Ramadhan-1430H
Hari pertama puasa 1430H. Berkunjunug ke bazar ramadhan susah untuk mencari kuih-muih yang dijual biasanya RM1 untuk 3 biji. Rata-rata peniaga menjual dengan harga baru. Kalau nak beli kena tanya macam mana harga...jawabnya RM2 untuk 5 biji. Kuih seri muka di atas saya beli dengan harga RM1 untuk satu potong. Lepas balik kat rumah terus potong 4 nak kongsi dengan anak bini. Ini lah hakikat kita kena hadapi, semakin hari kita terus secara sedar atau tidak ditekan dengan kos hidup yang semakin melambung naik, hingga bukan setakat korporat-korporat besar yang menangguk untung tetapi peniaga-peniaga jalanan biasa mengambil kesempatan. Asal bulan puasa je semua barang kurang "supply" menjadikan "demand" yang tinggi alasan menaikkan harga. Ayam, gula, daging, dsbnya akan berkumandang disana-sini kononnya kurang bekalan. Alasan sama tidak didengar pada musim selain puasa/hari raya. Apa-apapun semoga Ramadhan kali ini sentiasa yang lebih baik dari terdahulu. Selamat berpuasa semua kepada umat Islam.
Tuesday, August 19, 2008
Going back to U!
Thursday, July 3, 2008
Mat Rempit curi minyak motor
Ini adalah gambar motor salah seorang mat rempit di kawasan perumahan saya yang telah melakukan kegiatan mencuri petrol dari motor-motor yang di letak di kawasan rumah. Kedatangan mereka untuk mencuri pada pagi hari Selasa lepas telah disedari oleh beberapa penduduk yang berjaga-jaga setelah menyedari kegiatan mereka pada hari sebelumnya. Mat rempit tersebut sempat melarikan diri manakala motornya terpaksa ditinggalkan di kawasan tersebut dan setelah disiasat didapati salah seorang mat rempit tersebut adalah anak kepada anggota polis yang tinggal di perumahan polis berdekatan! Walaupun laporan polis telah dibuat tetapi tak tahu la apa nak jadi sebab laporan polis dibuat terhadap anak anggota polis...faham-faham aje la...
Tuesday, June 24, 2008
Leader in making
Wednesday, June 11, 2008
Harijadi
Ni birthday tahun lepas...tahun ni tak tahu la boleh sambut ke tidak...sebiji kek dah mahal sekarang..nak kena potong subsidi lain untuk beli kek untuk tahun ni nampaknya!
Tuesday, June 10, 2008
TNB vs SYABAS
TNB vs SYABAS.
Gambar ni diambil semasa saya dalam perjalanan balik dari kerja. TNB sedang menggali lubang untuk tiang-tiang elekhtrik yang baru dan pada masa yang sama paip air berada di laluan yang sama. Tak tahu berapa lama air mengalir dan membazir begitu saja dan sudah tentu yang menanggung akibat ialah pengguna air sebab tak tahu la apa benda yang dah masuk dalam paip tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)