Ada orang kata kerajaan baru Selangor tidak mampu membawa apa-apa perubahan setelah mengambil alih pemerintahan negeri. Dia kata asyik dengan mencari kesalahan yang terdahulu. Aku pun tak pasti perubahan atau perancangan yang macam mana yang dimaksudkan untuk tempoh tak sampai 3 bulan ni. Memang betul la apa yang kerajaan sekarang buat. Kalau kita nak pindah ke rumah baru pun sudah semestinya kena pastikan keadaan sudah teratur, rumah kena cuci dulu, sampah-sarap kena buang, pastikan tiada yang bocor. Yang penting kena buat sembahyang hajat mohon berkat. Mungkin rumah tu sudah baik, tapi kalu tuan rumah dulu dah tinggal di situ berpuluh-puluh tahun, dia punya citarasa mungkin yang lama. Banyak tinggalan di celah-celah longkang, belakang rumah, dalam tandas atau atas bumbung. Itu nak kena bagi bersih dulu baru orang baru boleh duduk dengan tenang. Kalau nak duduk lagi senang atau selesa kena buat sedikit ubah suai/renovation ikut cita rasa kita sebagai pemilik/penghuni baru. Itu salah satu dari segi perancangan. Banyak yang tuan rumah baru nak kena betulkan pasal rumah yang dibeli dari tangan orang lain. Tuan rumah yang lama tak boleh nak kacau sebab itu bukan rumah dia lagi. Ataupun dia mungkin malu sebab dia jual rumah tu dengan keadaan yang tak sepatutnya.
Dalam keadaan biasa memang kalau kita duduk lama-lama dalam satu persekitaran, kita rasa tak ingin berubah. Tapi satu contoh yang amat senang. Cuba kita fikirkan untuk alih kedudukan perabut atau sofa di dalam rumah kita sekarang. Kita pasti akan merasakan satu perubahan atau perspektif baru kalau kita ubah susun atur perabut kita. Satu pemandangan baru di dalam rumah kita sendiri. Itu dalam rumah, belum fikir benda yang lagi besar. Tukar kereta baru pun dah rasa satu macam kehebatan.
Memang kita senang nampak kesalahan atau kekurangan orang lain. Tetapi pandangan kita terhadap orang lain itulah yang mematangkan diri kita. Kita boleh ambil iktibar dari kesalahan atau keburukan orang lain dan bila kita ada kesempatan maka kita boleh cuba perbetulkan diri kita. Apatah lagi bila kita mengalami keadaan yang sama maka kita lagi berpengalaman dan bertekad untuk memperbaikinya. Bak kata orang kalau ada gigi yang sakit, jangan dibiarkan lama-lama nanti boleh memudaratkan diri. Lebih baik dicabut sebelum sakit melarat ke seluruh badan. Itulah yang dilakukan oleh kerajaan rakyat sekarang. Sudah 50 tahun pengalaman ditimba, maka sudah sampai masanya untuk di implementasikan yang terbaik untuk rakyat. Buang yang keruh ambil yang jernih. Pastikan yang terbaik untuk semua orang, bukan untuk sesetengah orang sahaja. Semoga kita semua mendapat faedah daripadanya.