After so many years its time to going back to U! A day of very proud moment on August 5, 2008-Univ. of Malaya convocation-my wife received her Master.
Tuesday, August 19, 2008
Thursday, July 3, 2008
Mat Rempit curi minyak motor
Ini adalah gambar motor salah seorang mat rempit di kawasan perumahan saya yang telah melakukan kegiatan mencuri petrol dari motor-motor yang di letak di kawasan rumah. Kedatangan mereka untuk mencuri pada pagi hari Selasa lepas telah disedari oleh beberapa penduduk yang berjaga-jaga setelah menyedari kegiatan mereka pada hari sebelumnya. Mat rempit tersebut sempat melarikan diri manakala motornya terpaksa ditinggalkan di kawasan tersebut dan setelah disiasat didapati salah seorang mat rempit tersebut adalah anak kepada anggota polis yang tinggal di perumahan polis berdekatan! Walaupun laporan polis telah dibuat tetapi tak tahu la apa nak jadi sebab laporan polis dibuat terhadap anak anggota polis...faham-faham aje la...
Tuesday, June 24, 2008
Leader in making
Wednesday, June 11, 2008
Harijadi
Ni birthday tahun lepas...tahun ni tak tahu la boleh sambut ke tidak...sebiji kek dah mahal sekarang..nak kena potong subsidi lain untuk beli kek untuk tahun ni nampaknya!
Tuesday, June 10, 2008
TNB vs SYABAS
TNB vs SYABAS.
Gambar ni diambil semasa saya dalam perjalanan balik dari kerja. TNB sedang menggali lubang untuk tiang-tiang elekhtrik yang baru dan pada masa yang sama paip air berada di laluan yang sama. Tak tahu berapa lama air mengalir dan membazir begitu saja dan sudah tentu yang menanggung akibat ialah pengguna air sebab tak tahu la apa benda yang dah masuk dalam paip tu...
Saturday, May 24, 2008
Rumah baru
Ada orang kata kerajaan baru Selangor tidak mampu membawa apa-apa perubahan setelah mengambil alih pemerintahan negeri. Dia kata asyik dengan mencari kesalahan yang terdahulu. Aku pun tak pasti perubahan atau perancangan yang macam mana yang dimaksudkan untuk tempoh tak sampai 3 bulan ni. Memang betul la apa yang kerajaan sekarang buat. Kalau kita nak pindah ke rumah baru pun sudah semestinya kena pastikan keadaan sudah teratur, rumah kena cuci dulu, sampah-sarap kena buang, pastikan tiada yang bocor. Yang penting kena buat sembahyang hajat mohon berkat. Mungkin rumah tu sudah baik, tapi kalu tuan rumah dulu dah tinggal di situ berpuluh-puluh tahun, dia punya citarasa mungkin yang lama. Banyak tinggalan di celah-celah longkang, belakang rumah, dalam tandas atau atas bumbung. Itu nak kena bagi bersih dulu baru orang baru boleh duduk dengan tenang. Kalau nak duduk lagi senang atau selesa kena buat sedikit ubah suai/renovation ikut cita rasa kita sebagai pemilik/penghuni baru. Itu salah satu dari segi perancangan. Banyak yang tuan rumah baru nak kena betulkan pasal rumah yang dibeli dari tangan orang lain. Tuan rumah yang lama tak boleh nak kacau sebab itu bukan rumah dia lagi. Ataupun dia mungkin malu sebab dia jual rumah tu dengan keadaan yang tak sepatutnya.
Dalam keadaan biasa memang kalau kita duduk lama-lama dalam satu persekitaran, kita rasa tak ingin berubah. Tapi satu contoh yang amat senang. Cuba kita fikirkan untuk alih kedudukan perabut atau sofa di dalam rumah kita sekarang. Kita pasti akan merasakan satu perubahan atau perspektif baru kalau kita ubah susun atur perabut kita. Satu pemandangan baru di dalam rumah kita sendiri. Itu dalam rumah, belum fikir benda yang lagi besar. Tukar kereta baru pun dah rasa satu macam kehebatan.
Memang kita senang nampak kesalahan atau kekurangan orang lain. Tetapi pandangan kita terhadap orang lain itulah yang mematangkan diri kita. Kita boleh ambil iktibar dari kesalahan atau keburukan orang lain dan bila kita ada kesempatan maka kita boleh cuba perbetulkan diri kita. Apatah lagi bila kita mengalami keadaan yang sama maka kita lagi berpengalaman dan bertekad untuk memperbaikinya. Bak kata orang kalau ada gigi yang sakit, jangan dibiarkan lama-lama nanti boleh memudaratkan diri. Lebih baik dicabut sebelum sakit melarat ke seluruh badan. Itulah yang dilakukan oleh kerajaan rakyat sekarang. Sudah 50 tahun pengalaman ditimba, maka sudah sampai masanya untuk di implementasikan yang terbaik untuk rakyat. Buang yang keruh ambil yang jernih. Pastikan yang terbaik untuk semua orang, bukan untuk sesetengah orang sahaja. Semoga kita semua mendapat faedah daripadanya.

Friday, May 23, 2008
Hilang..jumpa di Parlimen.
Banyak sekarang kisah hilang. Ada yang dah lama tak jumpa-jumpa, ada yang jumpa sekerat sana dan sekerat lagi sebelah sini. Ada hilang angka sampai bilion-bilion tapi tak dapat dikesan. Diharap oihak yang berkenaan terus kan usaha mencari. Ada pula yang hilang jawatan. Ada yang menghilangkan jawatannya (sebab orang dah tak sudi). Ada yang baru nak mencari-cari. Semoga suatu hari akan terbukit. Ada pula yang sambut hari jadi kat parlimen! Ada yang tak suka. Sebab dia kata parlimen cuma tempat VIP! Padahal dia dah lupa atau saja buat tak ingat yang dia boleh masuk duduk sana dapat elaun orang-orang ni yang sokong dia. Ini lah masalah bila baru sedikit dapat kuasa, jadi YB tapi bila rakyat nak jumpa kena buat temu janji. Parlimen tempat wakil rakyat berkumpul untuk bincang hal rakyat, hal negara. Sudah semestinya tempat ini yang paling tepat untuk rakyat pergi mengadu nasib sebab dia boleh jumpa siapa saja wakil rakyat yang boleh bantu dia. Ini lah tempat rakyat yang sebenarnya. Orang yang tak suka cuma orang yang tak sedar dia jadi MP sebab kuasa rakyat. Sebab tu orang-orang yang berada, yang kaya raya dia suka tinggal di tempat-tempat yang “privacy”, di atas bukit, di tepi bukit, di kaki bukit, di balik bukit, di lereng bukit, di puncak kayangan sebab dia tak suka orang-orang yang biasa datang kacau kehidupan dia. Orang macam ni tidak perlukan orang lain sebab dia sudah ada semuanya. Harapan rakyat yang biasa-biasa semoga para-para MP tak jadi macam OKB yang lepas mengundi lari daripada rakyat. Nak jumpa pun kena ada temu janji. Ini yang sering berlaku. Tapi masih ada yang tak sedar diri. Kerajaan bina bangunan parlimen, ubah suai saja berjuta-juta ringgit (sudah mesti pakai duit rakyat), tapi bila rakyat nak berkunjung ada yang tak sudi. Ini semua hanyalah salah satu dari cebisan-cebisan dari kehidupan hari ini. Yang berkuasa nak terus ada kuasa. Yang tak berkuasa nak cuba dapatkan kuasa. Yang telah lama berkuasa nak pastikan terus ada kuasa. Yang turun dari kuasa nak wujudkan kuasa baru. Kita akan lihat kuasa yang mana paling hebat!
Thursday, May 1, 2008
Salam maya pertama
Assalamualaikum, salam kepada semua pelayar-pelayar maya semua. Di pagi hari ini dengan santapan nasi lemak dan hirupan air kopi maka terhasillah satu lagi blog dipersada alam maya ini. Blog ini terhasil dek ledakan alam maya yang mahu tidak mahu telah terpercik kena kepada diri saya sendiri. Lagipun sekarang ni kalau ada blog orang kata baru real sikit. Blog ni sekadar mengisi masa terluang buat tatapan kawan-kawan lama dan baru serta seluruh pelusuk di alam maya ini. Mungkin sudah ditakdirkan di dunia yang lanjut ini Allah akan mendekatkan segala yang jauh, memperlihatkan apa yang tersembunyi, mempercepatkan apa yang lambat dan mempermudahkan apa yang payah. Sebarang kata-kata yang diterjemahkan dengan dengan huruf-huruf di sini adalah di alu-alukan. Selamat berblog!
Subscribe to:
Posts (Atom)